Perabut jati memang terkenal dengan ketahanan kayunya. Kayu yang baik akan menghasilkan perabut yang berkualiti. Memang tidak di nafikan, kekuatan kayu jati yang baik tidak mudah di mamah anai-anai. Namun begitu, ada juga di antaranya akan terdapat seperti bubuk kayu yang masih mampu bernyawa di dalam kayu jati tersebut terutama kayu jati tersebut tidak melalui peringkat pemprosesan yang baik. Untuk itu, langkah-langkah awal perlu di lakukan bagi memastikan bubuk tersebut perlu di matikan segera sebelum ianya memburukkan lagi kekukuhan perabut jati.
Langkah awal ialah dengan menggunakan racun anai-anai yang perlu di sapukan pada permukaan kayu tersebut. Yang terbaik, dapatkan pengawet kayu khas untuk perabut iaitu bahan anti rayap Lantrek. Sapukan bahan pengawet ini pada permukaan kayu yang di dapati terdapat kesan-kesan kewujudan bubuk kayu. Untuk penjagaan seterusnya, gunakan furniture polish atau minyak kayu murni yang boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual perabut jati. Bahan pengilat ini mampu memberikan pandangan baru terhadap perabut anda. Anda boleh sapukan minyak ini seberapa kerap yang anda mahu, lagi kerap maka lagi berkilatlah perabut anda kelihatan. Sekurang-kurangnya 1 minggu sekali dengan menggunakan kain yang tidak perlu di cuci selepas di gunakan bagi membolehkan ianya di teruskan seterusnya untuk tujuan mengilap perabut anda.
Untuk perabut yang mengalami calar yang kecil dan tidak terlalu dalam, bolehlah menggunakan minyak kayu tersebut bagi tujuan menghilangkan kesan calar tadi. Sekiranya perabut tersebut mengalami kesan calar yang dalam maka cara yang terbaik ialah menghantar ke kedai yang menjual perabut jati kerana mereka mempunyai perkakasan tertentu yang boleh mengembalikan perabut tadi agar kelihatan seperti baru.
No comments:
Post a Comment